Khabar baik buat rakyat Malaysia! Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini diteruskan bagi tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Program ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membantu golongan B40 dan miskin tegar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan menjana pendapatan sendiri secara mampan.

Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat?
Bagi anda yang belum tahu, IPR bukan sekadar bantuan tunai “one-off”. Ia adalah platform yang menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan melalui modal peralatan, latihan kemahiran, serta penyediaan tapak tanpa bayaran sewa pada peringkat permulaan.
Kategori Program IPR yang Boleh Anda Sertai
Terdapat tiga cabang utama dalam inisiatif ini yang disesuaikan mengikut minat dan kemahiran peserta:
- Inisiatif Usahawan Tani (INTAN): Fokus kepada projek pertanian moden yang dijalankan di atas tanah milik kerajaan. Sesuai untuk anda yang berminat dalam bidang agroteknologi.
- Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN): Peluang untuk berniaga melalui mesin layan diri (vending machine) atau gerai makanan di lokasi strategik yang mempunyai trafik tinggi.
- Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN): Membuka peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan seperti pembersihan dan penyelenggaraan premis.
Syarat Kelayakan Pemohon
Untuk memastikan bantuan ini sampai kepada sasaran yang tepat, pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia yang sah.
- Termasuk dalam kategori berpendapatan rendah (B40), miskin, atau miskin tegar.
- Mempunyai komitmen tinggi untuk mengikuti latihan dan mengusahakan projek sehingga berjaya.
Sasaran Pendapatan & Manfaat Peserta
Bukan sekadar bantuan kosong, kerajaan menyasarkan peserta IPR mampu menjana pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM6,000. Jumlah ini bergantung sepenuhnya kepada jenis projek dan usaha gigih setiap individu.
Antara manfaat utama yang disediakan termasuklah:
- Penyediaan modal peralatan sepenuhnya.
- Latihan teknikal dan bimbingan usahawan.
- Tapak perniagaan percuma (tanpa sewa) pada fasa awal.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai inisiatif kerajaan dan intipati Belanjawan 2026, anda boleh terus melayari Portal Manfaat Kementerian Kewangan.
Cara Daftar IPR 2026 Secara Online
Pendaftaran kini lebih mudah dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian. Ikuti langkah mudah ini:
- Layari portal rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
- Ikuti langkah mendaftar pada pautan yang disediakan (mungkin akan di kemaskini ke pautan bahari dari masa semasa).
- Pilih kategori inisiatif (INTAN, INSAN, atau IKHSAN) yang paling bersesuaian dengan anda.
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pihak kementerian.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengubah taraf hidup keluarga anda. Jom daftar IPR hari ini!